Saturday, September 13, 2008
IKUT SUKA AKU(ISA)....dah berMULA!
Wayang kulit bermula.
RPK. Wartawan Sin Chew.. Teresa Kok...
Siapa seterusnya???
Antara calon-calonnya:-
1) Ahmad Ismail - UMNO
2) Khir Toyo - UMNO
..........................................mari kita tengok siapa yang kena!
Thursday, September 11, 2008
Mantan PM kembali ke UMNO
Walaupun JbT kurang bersetuju dengan mantan PM dalam beberapa perkara seperti Bailout Konsortium Perkapalan(yang dimiliki oleh anaknya Mirzan) oleh PETRONAS, kurangnya tindakan terhadap gejala rasuah semasa zaman pemerintahan beliau dan Kes Anwar Ibrahim, jasa beliau kepada Negara Malaysia dan Bangsa Melayu teramat banyak.
Antara usaha TDM yang JbT sokong adalah "BUY BRITISH LAST", PROTON, "LOOK EAST POLICY", TWIN TOWERS & KLIA , "VISION 2020", MSC & "Capital Controls".
Ibarat Rais Yatim(Menteri Luar Negeri) "...I've burnt my bridges"....but the waves keeps lapping on the shores, pada hemat patik tindakan TDM adalah seperti "Ludah dan Jilat" terutama bila beliau sudah memberitahu tidak akan kembali selagi tiada pertukaran Kepimpinan.
JbT merayu kepada TDM, jadilah Negarawan Yang Ulung....... TDM boleh menyumbang lebih banyak bila tidak terikat dengan talian politik UMNO.
Sunday, August 31, 2008
Jebat berTUAH@ AMBANG MERDEKA KLCC 2008
Rata-rata, orang perseorangan yang berbual dengan JbT di sekitar lokasi KLCC merasakan kurangnya Semangat Hari Merdeka pada tahun ini. Antara sebabnya:-
- "Kelesuan" Ekonomi
- "Kealpaan" Situasi Politik terkini
- Kurangnya Program yang berteraskan Kenegaraan
- Jalur Gemilang yang hampir tidak kelihatan
- Ketiadaan Pertunjukkan Bunga Api di KLCC
Pertanyaan yang timbul & Pemerhatian JbT:-
1) Kenapa Perayaan diadakan depan Bangunan EXXON MOBIL
~ Merdeka adalah satu simbol kenegaraan. Kenapa acara diadakan di depan Bangunan EXXON MOBIL?? Ini memberi tanggapan seolah-olah Malaysia masih dibayangi atau bernaung di bawah kuasa Amerika. Sepatutnya perayaan berlatarbelakangkan KLCC sebagai simbol Malaysia di persada dunia.
2) Pemakaian lampu "Setan Bertanduk" oleh Budak2
3) Kurangnya PENGIBARAN BENDERA MALAYSIA
~ Hanya mereka di pentas VIP sahaja yang memegang bendera....itupun, mungkin kerna bendera diberikan percuma kepada mereka.
4) Gejala Sosial
~ Anak muda mengambil kesempatan untuk berkumpulan seperti Shuffle, Rock, Rangi dll. Ada golongan/kumpulan mengambil kesempatan untuk bergaduh di Taman KLCC. Jebat berTUAH melihat ada seorang diangkat ke ambulans akibat kecederaan pergaduhan. Lebih dikhuatirkan ada juga kumpulan budak perempuan yang tiba-tiba dikelilingi oleh lelaki kumpulan lain yang sewenang-wenangnya memeluk atau memegang mereka.
~Macamana ibubapa membenarkan anak-anak gadis ini keluar? Mana JAWI?
Saturday, August 16, 2008
PENGKHIANAT MASA DEPAN BANGSA!!!
Hemah Jebat berTUAH...apa salahnya???
Bagi Jebat b.T., siapa yang membangkang adalah mereka yang ingin melihat bangsa Melayu lemah. Mereka ini Ingin melihat minda Melayu menjadi sempit (seperti Katak dibawah Tempurung) dan dikongkong oleh mereka yang kononnya memperjuangkan hak melayu tetapi masih bersikap "feudal".
Golongan ini ibarat Yahudi mengaku Islam!!!
Adakah bangsa Melayu yang pernah menguasai Nusantara begitu lemah sehingga mereka tidak berani bersaing? Bangsa Melayu yang pernah belayar mengelilingi dunia(DULU-Pendekar @teori Dr.M & KINI-Azhar Mansur), Menawan Puncak Dunia & Kembara ke kedua-dua kutub...terkenal dengan perkataan "AMOK" LEMAH???
Rakan J.bT. ada berkata bahawa salah satu sebab yang UiTM tidak patut dibuka adalah kerana yurannya yang rendah. Jika begitu, kenakan yuran yang lain untuk bangsa asing seperti universiti mengenakan yuran yang berbeza untuk penuntut tempatan atau luar negeri.
Lagipun, semasa Jebat b.T. di PPP/ITM pun sudah ada rakan dari Bangsa India( seorang) & Cina(8orang)....semasa Melayu sibuk bersukan, makan malam atau ber"Couple" mereka ini ada di perpustakaan atau menelaah di bilik sendiri/prep. Yang lucu bagi patik, bila nyanyi lagu "Anak Kecil Main Api..." depa pun nyanyi sekali!
Sabda Rasulallah S.A.W., "Tuntutlah Ilmu, Hingga ke Negeri Cina"
Thursday, June 19, 2008
EMAS HITAM (BLACK GOLD) Naik - Menambah Beban - Terpaksa Beli Kenderaan Baru!
Ini kerna dulu RM150 cukup untuk penuhkan tangki...sekarang RM200 pun tak penuh lagi. Kiraan kasar, sebulan isi tangki penuh 4X. Kalau setahun, penambahan kos 4X sebulan (kali) 12Bulan (kali) RM50 = RM2,400(lebih RM 3,000 kerna RM200 pun tangki tak penuh.Untuk penuh tambah lagi RM20).
Umum sedia maklum, Bukan semua pemilik 4WD berpendapatan tinggi. Patik gunakan 4WD untuk mengangkut barang jualan. Harga 4WD patik di pasaran kurang RM10,000. Ditambah pula patik tak layak untuk rebet RM625 kerna kenderaan didaftarkan bawah nama syarikat.
Sedikit Panduan Pembelian & Pembiayaan Kereta Baru:-
1) Jangan Percaya 100% cakap jurujual
~ Kebanyakan Jurujual hanya mementingkan komisen mereka
~ Sebagai contoh Jurujual memberitahu Jebat b.T. bahawasanya Takaful/Insurans perlu dibeli dari syarikat mereka & Kadar Pembiayaan kereta nasional telah ditetapkan oleh Bank Negara.....INI PALSU BELAKA!
2) Takaful/Insurans
~ Takaful kenderaan bukan diwajibkan diambil dari pengedar kereta. Pembeli boleh membeli takaful pilihan sendiri. Jika ini dilakukan, pembeli boleh jimat antara 1-5% kos takaful terutama sekali apabila membeli dari ejen kerna ejen biasanya akan memberi diskaun....cuma bila diminta.
~ Di samping itu, jika ada dana lebihan bolehlah pembeli membayar tunai atau menggunakan kad kredit untuk membayar takaful kenderaan. Dengan cara ini, pembiayaan bank dapat dikurangkan dan boleh mengutip mata(jika bayar dengan kad kredit).
3) Kadar Pembiayaan Rendah
~ Buat Rayuan untuk mendapatkan kadar rendah terutama bila pembeli mempunyai rekod yang baik dengan institusi kewangan. Sebagai contoh, jebat b.TUAH dapat mengurangkan kadar dari 3.75% ke 3.55% untuk pembiayaan selama 6tahun.
4) Minta Pembiayaan Islam
~Selain mendapat pahala kerna menolong UMMAH, pengiraan denda lewat bayar adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan sistem perbankan konvesional
5) Minta Hadiah Percuma
~ Minta hadiah percuma dari Jurujual, kalau tak depa buat tak tau je. J.berTUAH meminta Air Filter/Ionizer dari Jurujual.....dengan amaran "...kalau tak bagi, saya cari Jurujual lain!"
Cetusan kepada Bangsawan Pemerintah...:-
1) Hentikan subsidi minyak untuk Kenderaan Asing
~ Kenapa perlu Kenderaan Asing diberi subsidi??? Biarkan mereka beli dengan harga pasaran. Subsidi tidak disalahguna/membazir dan rakyat jelata pun tahu harga pasaran antarabangsa.
2) Pengangkutan Awam
~ Dah berbuih cakap, tapi pengangkutan awam makin lama makin kurang kekerapannya walaupun kualiti kenderaan sudah meningkat berbanding dengan zaman BMW(Bas Mini Wilayah) dulu.
~ Apa lagi BAHLOL - BAHLOL yang dok kat kerusi empuk di Putrajaya dan Kementerian berkenaan tak faham tentang pengangkutan awam...???!!!
3) NGV & Rebet Cukai
~ Tambah stesen yang menawarkan NGV terutama di luar Lembah Kelang.
~ Bagi Rebet Cukai bagi kenderaan yang dipasang NGV
Wednesday, May 28, 2008
PM UTARA SUKA MEMBERI TANAH!!!
Kurniaan Tanah berlaku semasa zaman pemerintahan Menteri Perdana berikut:-
1) KOTA SINGA (Singapura)
- Tunku A.Rahman (warga Kedah)
2) PEDRA BRANCA (Pulau Batu Puteh/Putih)
- Abdullah Badawi & Mahathir Mohamad (warga P.Pinang & Kedah )
Jebat b.TUAH berpendapat orang Melayu terutamanya Melayu UMNO, jangan lagi menobatkan orang wilayah utara Semenanjung Tanah Melayu sebagai Presiden UMNO.
Apa bicara rakyat jelata?
Wednesday, April 30, 2008
KETUANAN MELAYU atau KEMBALI KE ZAMAN PENJAJAHAN!!??
Tamparan Pertama adalah bila "Pondan Siam" merangkap Ketua Pemuda UMNO meminta maaf kerna menghunuskan keris.
Tamparan kedua pula bila media mengembar-gemburkan bahawa Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membuat kawalan di Buckingham Palace, United Kingdom.
Jebat berpendapat:-
1) Pantang tok nenek bangsa Melayu meminta maaf kerna menghunus keris!
2) RAMD diperlakukan seperti askar Gurkha...diperhambakan oleh penjajah!
Apa pendapat anda?


