Thursday, June 19, 2008

EMAS HITAM (BLACK GOLD) Naik - Menambah Beban - Terpaksa Beli Kenderaan Baru!

Di kala rakyat jelata menanggung beban kenaikan sumber asli Tanah Melayu yakni EMAS HITAM, Jebat b.TUAH dengan berat hati terpaksa membeli kereta baru yang lebih jimat petrol walaupun empunya kenderaan lain berusia 12tahun yang telah langsai hutangnya.






Ini kerna dulu RM150 cukup untuk penuhkan tangki...sekarang RM200 pun tak penuh lagi. Kiraan kasar, sebulan isi tangki penuh 4X. Kalau setahun, penambahan kos 4X sebulan (kali) 12Bulan (kali) RM50 = RM2,400(lebih RM 3,000 kerna RM200 pun tangki tak penuh.Untuk penuh tambah lagi RM20).






Umum sedia maklum, Bukan semua pemilik 4WD berpendapatan tinggi. Patik gunakan 4WD untuk mengangkut barang jualan. Harga 4WD patik di pasaran kurang RM10,000. Ditambah pula patik tak layak untuk rebet RM625 kerna kenderaan didaftarkan bawah nama syarikat.








Sedikit Panduan Pembelian & Pembiayaan Kereta Baru:-


1) Jangan Percaya 100% cakap jurujual

~ Kebanyakan Jurujual hanya mementingkan komisen mereka
~ Sebagai contoh Jurujual memberitahu Jebat b.T. bahawasanya Takaful/Insurans perlu dibeli dari syarikat mereka & Kadar Pembiayaan kereta nasional telah ditetapkan oleh Bank Negara.....INI PALSU BELAKA!


2) Takaful/Insurans


~ Takaful kenderaan bukan diwajibkan diambil dari pengedar kereta. Pembeli boleh membeli takaful pilihan sendiri. Jika ini dilakukan, pembeli boleh jimat antara 1-5% kos takaful terutama sekali apabila membeli dari ejen kerna ejen biasanya akan memberi diskaun....cuma bila diminta.


~ Di samping itu, jika ada dana lebihan bolehlah pembeli membayar tunai atau menggunakan kad kredit untuk membayar takaful kenderaan. Dengan cara ini, pembiayaan bank dapat dikurangkan dan boleh mengutip mata(jika bayar dengan kad kredit).


3) Kadar Pembiayaan Rendah



~ Buat Rayuan untuk mendapatkan kadar rendah terutama bila pembeli mempunyai rekod yang baik dengan institusi kewangan. Sebagai contoh, jebat b.TUAH dapat mengurangkan kadar dari 3.75% ke 3.55% untuk pembiayaan selama 6tahun.



4) Minta Pembiayaan Islam


~Selain mendapat pahala kerna menolong UMMAH, pengiraan denda lewat bayar adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan sistem perbankan konvesional




5) Minta Hadiah Percuma

~ Minta hadiah percuma dari Jurujual, kalau tak depa buat tak tau je. J.berTUAH meminta Air Filter/Ionizer dari Jurujual.....dengan amaran "...kalau tak bagi, saya cari Jurujual lain!"








Cetusan kepada Bangsawan Pemerintah...:-


1) Hentikan subsidi minyak untuk Kenderaan Asing

~ Kenapa perlu Kenderaan Asing diberi subsidi??? Biarkan mereka beli dengan harga pasaran. Subsidi tidak disalahguna/membazir dan rakyat jelata pun tahu harga pasaran antarabangsa.



2) Pengangkutan Awam


~ Dah berbuih cakap, tapi pengangkutan awam makin lama makin kurang kekerapannya walaupun kualiti kenderaan sudah meningkat berbanding dengan zaman BMW(Bas Mini Wilayah) dulu.


~ Apa lagi BAHLOL - BAHLOL yang dok kat kerusi empuk di Putrajaya dan Kementerian berkenaan tak faham tentang pengangkutan awam...???!!!



3) NGV & Rebet Cukai



~ Tambah stesen yang menawarkan NGV terutama di luar Lembah Kelang.

~ Bagi Rebet Cukai bagi kenderaan yang dipasang NGV

No comments: