Sunday, August 31, 2008

Jebat berTUAH@ AMBANG MERDEKA KLCC 2008

Jebat berTUAH (Jbt) bermalam di Hotel Traders kerna anakanda JbT (mewakili S.K.TTDI) terlibat dalam sambutan Ambang Merdeka KLCC 2008 dan bondanya khuatir akan keadaan di KLCC.

Rata-rata, orang perseorangan yang berbual dengan JbT di sekitar lokasi KLCC merasakan kurangnya Semangat Hari Merdeka pada tahun ini. Antara sebabnya:-

  • "Kelesuan" Ekonomi
  • "Kealpaan" Situasi Politik terkini
  • Kurangnya Program yang berteraskan Kenegaraan
  • Jalur Gemilang yang hampir tidak kelihatan
  • Ketiadaan Pertunjukkan Bunga Api di KLCC

Pertanyaan yang timbul & Pemerhatian JbT:-

1) Kenapa Perayaan diadakan depan Bangunan EXXON MOBIL
~ Merdeka adalah satu simbol kenegaraan. Kenapa acara diadakan di depan Bangunan EXXON MOBIL?? Ini memberi tanggapan seolah-olah Malaysia masih dibayangi atau bernaung di bawah kuasa Amerika. Sepatutnya perayaan berlatarbelakangkan KLCC sebagai simbol Malaysia di persada dunia.

2) Pemakaian lampu "Setan Bertanduk" oleh Budak2

3) Kurangnya PENGIBARAN BENDERA MALAYSIA
~ Hanya mereka di pentas VIP sahaja yang memegang bendera....itupun, mungkin kerna bendera diberikan percuma kepada mereka.

4) Gejala Sosial
~ Anak muda mengambil kesempatan untuk berkumpulan seperti Shuffle, Rock, Rangi dll. Ada golongan/kumpulan mengambil kesempatan untuk bergaduh di Taman KLCC. Jebat berTUAH melihat ada seorang diangkat ke ambulans akibat kecederaan pergaduhan. Lebih dikhuatirkan ada juga kumpulan budak perempuan yang tiba-tiba dikelilingi oleh lelaki kumpulan lain yang sewenang-wenangnya memeluk atau memegang mereka.

~Macamana ibubapa membenarkan anak-anak gadis ini keluar? Mana JAWI?

No comments: