Thursday, September 11, 2008

Mantan PM kembali ke UMNO

Jebat berTUAH(JbT) banyak mendengar ura-ura Tun Dr. Mahathir akan kembali ke UMNO.

Walaupun JbT kurang bersetuju dengan mantan PM dalam beberapa perkara seperti Bailout Konsortium Perkapalan(yang dimiliki oleh anaknya Mirzan) oleh PETRONAS, kurangnya tindakan terhadap gejala rasuah semasa zaman pemerintahan beliau dan Kes Anwar Ibrahim, jasa beliau kepada Negara Malaysia dan Bangsa Melayu teramat banyak.
Antara usaha TDM yang JbT sokong adalah "BUY BRITISH LAST", PROTON, "LOOK EAST POLICY", TWIN TOWERS & KLIA , "VISION 2020", MSC & "Capital Controls".

Ibarat Rais Yatim(Menteri Luar Negeri) "...I've burnt my bridges"....but the waves keeps lapping on the shores, pada hemat patik tindakan TDM adalah seperti "Ludah dan Jilat" terutama bila beliau sudah memberitahu tidak akan kembali selagi tiada pertukaran Kepimpinan.

JbT merayu kepada TDM, jadilah Negarawan Yang Ulung....... TDM boleh menyumbang lebih banyak bila tidak terikat dengan talian politik UMNO.

No comments: