Tuesday, October 14, 2008

saranan UMNO CALONKAN NAMA LAIN untuk PRESIDEN(selain Najib)

Jebat berTUAH ingin memberi cadangan kepada ahli UMNO agar mencalonkan nama lain sebagai Presiden UMNO. Siapa dia, terpulang kepada kebijaksanaan ahli UMNO!

Bukannya Jebat b.T. tidak menyukai Najib...walaupun banyak persoalan tentang lokasinya yang belum terjawab seperti Mongolia, Perancis, Rusia, Singapura & Port Dickson....mungkin jika diizinkan, Jebat b.T. boleh pergi ke lokasi berikut dengan Eurocopter

Akan tetapi, banyak yang mungkin berlaku kepada Najib dalam masa terdekat. Sebagai contoh:-
1) Meninggal atau Kecederaan/Keilatan;
2) KES Polis menyebabkan beliau ditangkap;
3) Dipecat atau digantung oleh UMNO kerana kes moral(ala DSAI atau Rahim Thamby), money politics(ala Isa Samad), dll.

Satu Persoalan, jika Najib tidak dapat bertanding atas apa jua sebab walaupun pencalonan sudah cukup...apa yang akan berlaku? Jebat berTUAH tidak arif dengan perlembagaan UMNO tetapi pada hemat patik - Pak Lah yang akan masih menjadi Presiden!!!....minta simpang, minta simpang....
Ahli UMNO, tolonglah calonkan seorang calon Presiden lain sebagai "back-up/standby"!



No comments: