Thursday, December 17, 2015

SI Luncai, Si Tanggang & Si Kitul Alaf Baru Sudah Menjelma.

Jika dahulu kala Si Luncai terjun dengan labu-labunya, Luncai alaf baru cuma makan dedak.

Jika Si Tanggang dahulu kala derhaka kepada ibunya, Tanggang alaf baru derhaka kepada Ibu Pertiwi.

JIka Si Kitul zaman berlalu menjual Kota Melaka, Kitul alaf baru menjual Agama, Bangsa & Negara.

Wednesday, March 16, 2011

novel INTERLOK - Kalau dah PARIAH, memang PARIA!





Kalau dah PARIAH...memang Pariah / Paria lah!!!
Takkan nak jadi kuih Keria la pulak!!!??


Tuesday, November 11, 2008

AWAS...Zaman Gawat...benda pelik2 Berlaku!!!

" Maklumat! dari SHELL Mlys.
Anda tlh berjaya memenangi Caj tunai RM 18.000,
Sila dial No,talian Office: 006281511845117
Penghantar: Shell Malaysia."...begitulah SMS yang baru Jebat berTUAH terima dari +6281584135729.

Zaman IT...penipuan cara IT.

Bukan itu sahaja-ada juga berbagai jenis skim "Jaminan Pendapatan" atau "Multi-level scheme-MLM" yang dipromosi oleh pihak2 yang berkepentingan yang menjanjikan pulangan tertentu. Contohnya: Wujud satu syarikat yang memasarkan Pelaburan dalam SPANCO, bayar RM2,500 untuk satu lot/unit dan terima wang bulan2 untuk satu tempoh waktu yang tertentu. Kononnya ramai pegawai kerajaan telah memasuki skim ini kerna kononnya "...orang VIP tertentu sahaja yang mendapat pelawaan untuk melabur". Betul atau tidak??? .......Wallahhualam.

AWAS...Zaman Gawat, ramai yang terdesak!

Sunday, November 2, 2008

Saya dengar orang Cakap.....!!! Nak Ubah Rebat Minyak


Shahrir Samad dengar orang cakap... Begitulah kata-kata hikmat Menteri "Kunci" apabila mengulas tentang kemungkinan berlaku perubahan rebat minyak untuk rakyat jelata! ....sedutan temuramah diudarakan TV3.



Apa kena dengan menteri-menteri dari negeri Iskandar ni? Ada yang jadi Pondan, ada jadi Jantan, ada bagi tanah...lepas tu jadi Al-Blur dan ada juga yang ke Kota Singa, istirehat di hotel dan ...... F # U % C $ !C... dan sebelum terlupa-ada yang nak buat keputusan yang melibatkan kos berbilion berdasarkan apa orang cakap dan bukannya kajian ilmiah.



Zaman sekarang golongan ilmuan guna Penyelidikan(Research) atau Kajian/Bancian(Survey/Census) untuk membuat keputusan yang akan menjejaskan kesejahteraan rakyat.



Kalau tak reti buat, keluarkan Surat Tawaran ke J b.TUAH & taulah patik nak laksanakan "Watikah Kerajaan".




Nota: Yang Jebat b.T. ingat bila anakanda Agong Iskandar hendak keluar dari Maktab selepas hanya 1 hari...beliau bertitah, "...nampak Penumbuk ni!!??". Begitulah hebatnya Ketua Agama Darul Takzim berbanding dengan sebilangan menteri Iskandar.

Thursday, October 16, 2008

".....Takkan Tak Boleh Turun Harga Secara Sukarela!"

Jebat berTUAH baru menonton berita TV3 jam 12malam bersama isteri terCINTA.

Petikan kata-kata hikmat orang yang tak faham Realiti Ekonomi:-

".....kita dah turun harga minyak 3kali, takkan tak boleh turun harga secara sukarela. Takkan nak tunggu kerajaan bertindak!"

Kepada Pak Lah......................selamat menjadi gembala kambing, sekurang-kurangnya kambing dengar cakap gembala secara sukarela. Kalau tak nak jadi Gembala, pi tengok Rumah Bunga di Pinggir TTDI.

Atau mungkin bebudak tingkat4 yang menasihati Gembala kambing berpegang dengan teori "the market will correct itself".

.....Patutlah ekonomi Malaysia tak menentu!!!

Nota: kepada empunya stesen minyak yang memekak "RUGI" bila harga minyak turun; dulu masa harga naik mendadak ke RM2.70/liter tak pulak tunjuk perasaan sebab "UNTUNG DURIAN RUNTUH".....

Tuesday, October 14, 2008

saranan UMNO CALONKAN NAMA LAIN untuk PRESIDEN(selain Najib)

Jebat berTUAH ingin memberi cadangan kepada ahli UMNO agar mencalonkan nama lain sebagai Presiden UMNO. Siapa dia, terpulang kepada kebijaksanaan ahli UMNO!

Bukannya Jebat b.T. tidak menyukai Najib...walaupun banyak persoalan tentang lokasinya yang belum terjawab seperti Mongolia, Perancis, Rusia, Singapura & Port Dickson....mungkin jika diizinkan, Jebat b.T. boleh pergi ke lokasi berikut dengan Eurocopter

Akan tetapi, banyak yang mungkin berlaku kepada Najib dalam masa terdekat. Sebagai contoh:-
1) Meninggal atau Kecederaan/Keilatan;
2) KES Polis menyebabkan beliau ditangkap;
3) Dipecat atau digantung oleh UMNO kerana kes moral(ala DSAI atau Rahim Thamby), money politics(ala Isa Samad), dll.

Satu Persoalan, jika Najib tidak dapat bertanding atas apa jua sebab walaupun pencalonan sudah cukup...apa yang akan berlaku? Jebat berTUAH tidak arif dengan perlembagaan UMNO tetapi pada hemat patik - Pak Lah yang akan masih menjadi Presiden!!!....minta simpang, minta simpang....
Ahli UMNO, tolonglah calonkan seorang calon Presiden lain sebagai "back-up/standby"!



Wednesday, September 17, 2008

sebab MENTERI PERDANA jadi MENTERI PERTAHANAN!!!

Umum tertanya apa rasionalnya pertukaran suka sama suka, jawatan di tukar antara UMNO ke UMNO???


Pada hemat hamba, Menteri Perdana membuat pertukaran jawatan kerna:-

1) Keselamatan Diri Sendiri(termasuk keluarga Perdana) & Kerajaan.
~ Pak Lah boleh menggunakan Angkatan Tentera Malaysia untuk menghalang sama ada cubaan menggulingkan beliau ataupun Kerajaan BN. Pepatah Inggeris "kill 2 birds, with 1 stone"



2)Cari duit PENCEN
~ Kementerian Pertahanan(selain Pendidikan & Kesihatan) adalah lubuk kontrak. Pak Lah boleh mencari projek2 yang boleh digunakan sebagai wang persaraan. Najib akan tentukan Kementerian Kewangan meluluskan dan membayar dengan cepat. Itu rasionalnya. "PAK LAH cari projek, Najib Lulus & Bayar"